Friday, 19 June 2015

Selamat berpuasa untuk semua muslim dan muslimat .semoga puasa kali ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya :)

Good luck juga untuk yang sedang menduduki peperiksaan akhir. Buat yang terbaik untuk diri sendiri okay najlaa

dalam hidup ni ada banyak benda yang buat kau rasa bersyukur salah satu darinya adalah anugerah seorang sahabat yang Allah pinjam kan kat kau. bukan mudah nak dapat sahabat yang baik. dari kecik kita dah ada ramai kawan apatah lagi bila dah masuk 20an 30 an kawan tu makin bertambah tambah dan kawan tu juga ada yang hilang xnak kawan dah semua dan sebagainya. kawan datang dan pergi kita tak mampu nak kawal. Kadang kadang sebab kan salah faham antara kita persahabatan itu putus. bila makin besar macam macam jenis kawan hadir dan pergi. dalam setiap kawan yang hadir mesti akan beri kesan kat kita. Ada beri pengajaran ada yang beri kesan dalam diri kita.kita perlu belajar hargai sahabat yang hadir. Jangan sebab ego sebab kita ramai kawan sebab kita cantik sebab kita pandai sebab kita kaya sebab kita nampak alim sebab kita ada lebih dari kawan kita kita buat dia macam sampah bila kita susah kita cari bila kita senang kita tinggalkan dia. Kalau kita ada perasaan marah benci suka sedih gembira kita perlu ingat dia juga manusia yang ada hati perasan macam kita. hargai lah sabahat yang baik yang setia bersama kita walau apa pun yang jadi dekat kita..


Buat sahabat dari sekolah menengah sampai sekarang suhaili dan amira .walaupun jarang bersua muka. Mesej pn kadang2 tapi bila aku susah korang selalu ada.dari dulu sampai sekarang .thanks for being my best friend .moga Allah pelihara persahabatan kita sampai syurga .

Buat sahabat yang di utem
athirah, nadiah dan dayah .terima kasih sanggup berkawan dengan saya yang banyak kekurangan. Yang annoying melebih lebih. Yang banyak cakap yang ada masa mood swing setiap saat yang ada masa gila x tentu tempat yang ada masa bebel macam burung kakak tua yang ada masa garang macam singa banyak lagi la nak taip xmampu dah ni. Terima kasih sangat sangat.semoga persahabtan kita berkekalan hingga syurga. moga Allah pelihara persahabatan kita. :)

i love you !

Ikhlas sahabatmu

No comments:

Post a Comment