Friday, 27 February 2015

percutian pendek

assalammualaikum
 selamat petanng 



cuti sem kali ni lain sikit sebab selalunya aku kerja tapi kali ni aku duk rumah .
habiskan sepenuh masa kat rumah
bosan tu memang la sebab aku sorang sorang je duk kat rumah tak da sapa teman 
kalau ada kawan okay la juga xda la bosan sangat pun 
aku dengan kawan kawan plan nak pergi jenjalan sesama 
tapi sebenarnya tu sampingan je tujuan kami nak suprisekan nadiah untuk birthday dia bulan 1 tu
kami pun plan la nak p penang sesama.mula mula memang abah aku tak bagi sebab nak naik bas sendiri p kedah dulu .anak abah mana la pernah naik bas sensorang naik bas pun sekali dua je memang abah risau sangat la sampai berebut rebut dengan along nak hanta pergi ke terminal bas .
bila abah izinkan pergi memang seronok sangat la tapi dengan syarat aku kena p pahang dulu 
aku pun xda pilihan lain ikut je la arahan
excited dy tak payah cita la sebab first time nak jalan sensorang g pahang naik bas semua 
plan kami aku p pahang jumpa atie lepas tu naik bas malam tu juga g kedah 
dua dua dah teruja sangat 
sampai pahang tengahari mama atie amik lepas tu duk kat tempat kerja mama dy. malam tu p kedah sampai kedah pepagi ngntuk sangat kot tidur tngahari baru la g penang .


bila dah sampai kedah mesti la dapat tengok pemandangan sawah padi yang menenangkan dan mendamaikan 
bangun bangun  tidur p jenjalan kat sawah padi yang tinggal jerami je tu 
tapi excited juga ,yelakan first time g sawah padi sebelum ni mana la nak cari sawah padi 

sampai penang kami naik feri nak g seberang 
tu pun pengalaman pertama juga 
banyak benda aku buat yang merupakan pengalaman pertama 
mesti la excited kan bila petama kali cuba
tapi aku tak boleh duduk bila duduk aku mabuk rasa terhuyung hayang 
hahaha macam orang tua ni 
atas jeti tu kami pun buat la video call 
memang dy terpernjat dan nangis yela sapa sangka kawan nak mai tiba tiba tanpa bagitahu nak buat birthday suprise plakkan 

PENANG
kami tak p banyak tempat pun sebab kekangan masa 
mana yang sempat kami p la
bukit bendera 
padang kota 
street art
jenjalan kat tanjung masa sesat 
setengah jam cari masjid kapitan 
p balik pulau 
lepas tu terpaksa balik :(
sedih aku tak puas jalan lagi sebenarnya .banyak tempat aku nak p tapi tak pe lah nanti ada masa aku nak p sana lagi nak jalan pepuas 
lagi 5 tahun kot .HAHAHA
tapi yang bestnya dapat beli jeruk banyak banyak 


ni antara gamba yang aku amik 
nak post semua memang banyak sangat tak larat nak edit nak pilih gamba mana satu 
dengan tahap kemalasan aku yang berganda ganda memang tak la 

walaupun kejap tapi aku have fun kat sana 

okay aku nak p jogging 
bye !






No comments:

Post a Comment