Sunday, 14 December 2014

nothing to say

assalammualaikum

hai para pembaca sekalian

tahun dua ribu empat belas mula menunjukkan mahu sampai ke penghujungnya 
cepat kan masa berlalu tanpa kita sedar masa makin meninggalkan kita 
macam aku yang pendek ni tercungap cungap la nak kejar masa macam yang tinggi tu laju je la jalan perlahan perlahan pun boleh kejar aku rasa 
haha lawak hambar sat 
dah jangan mengarut panjang panjang dah 
teruskan nak cakap apa ja 
eh tapi aku tak tahu nak cakap apa pun sebenarnya 
alih alih buka blog dan mula menaip tanpa hala tuju 
macam aku bawa kereta tapi tak tahu nak g mana
kau pandai ke bawa kereta?
aku acah acah je cakap pandai bawa 
aku dah dua tahun ada lesen tapi bawa nya hanya depan rumah 
tolong abah aku undur dengan masukkan kereta je 
sedih nya cerita lesen aku ni
dah dah jangan bersedih atau simpati kat aku pasal lesen ni
tak dapat faedah pun 
hahah 
dah la aku harus menghentikan diri aku daripada menaip benda benda mengarut yang membuang masa kamu kamu yang membaca ni
aku terpaksa mengakhiri taipan aku untuk kali ini
selamat tinggal!
assalammualaikum 






Friday, 5 December 2014

rindu

Assalamualaikum
selamat pagi mungkin
walaupun malam tapi jam dah menunjukkan waktu pagi

aku tak tahu nak mulakan cerita kali ni macam mana 
banyak yang aku nak luahkan tapi macam selalu aku tak mampu 
kadang kadang aku lebih pilih untuk berdiam
bukan aku xnak share dengan sapa-sapa tapi aku tak pandai 
mungkin aku ada cerita tapi bukan semua
yang simple okay tapi yang berat aku hanya mampu simpan ja
biar la bukan senang kita nak ubah diri kita kan 
mungkin satu hari nanti aku akan cerita


mak akak rindu mak sangat!!
rindu yang tak mampu nak ucap 
kadang kadang akak balik rumah akak harap mak ada nga tunggu akak balik
akak tahu benda tu tak kan berlaku tapi selalu terbayang mak tunggu akak balik macam selalu 
sekejap je setahun 
macam tak percaya dah setahun 
rasa macam semalam akak tengok muka mak
borak dengan mak 
setiap kali akak baca nota terakhir mak tinggalkan untk kami 
setiap kali tu juga akak akan terbayang mak cakap macam mana 
kalau setahun akak mampu kuat InshaAllah akak akan mampu kuat untuk tahun tahun akan datang :')

aku rasa sampai sini je aku mampu taip 
kalau lagi panjang maka turun la hujan dekat muka aku satgi

"i love you mom :)