Saturday, 19 April 2014

assalammualaikum

selamat kembali daripada bercuti
aku nak update lama dah sebelum balik sini tapi terbengkalai hampir seminggu nak buat
aku busy dengan test bagai
memang tak seronok la test lepas cuti
cuti memang payah la nak study kan
ada je aktiviti nak buat bila kat rumah
dah la jarang balik rumah *macam tipu je ni
tapi kali ni cuti lain sikit
aku balik ostel aku homesick
malam tu aku nangis rindu mereka kat rumah semua
macam aku kat matrik dulu
bila lepas cuti panjang je nak dekat seminggu nangis tiap tiap malam gara gara homesick
aku ingat bila dah duduk dkat ni tak berlaku tapi lebih kurang je
minggu ni pun aku tak balik juga
abah pergi kenduri sedara jadi aku malas nak suh abah amik hantar aku balik
tak nak susahkan sapa sapa
takpe lah next week inshaAllah aku balik
sekiranya tak ada pape benda nak buat ke apa ke
tapi jujur aku cakap aku rindu gila kat abah dengan adik beradik aku T.T


dating with nadiah :)

hari ni aku dating dengan nadiah je 
sebab lagi dua orang mereka ada hal
aku pergi keluar makan je pun
dengan kawan kelas
nadiah cakap muka aku cam budak budak dalam gambar ni
aku pun rasa macam tu juga 
cam budak sekolah je .hee
aku senyum tak nampak gigi buat mata aku makin sepet 
mata nadiah besar cantik 
mata aku tak nampak pun 
hahaha

aku perlu undurkan diri sekarang 
selamat malam 
assalammualaikum







Tuesday, 8 April 2014

assalammualaikum dan selamat malam

selamat bercuti buat semua kawan kawan

siapa la yang tak gembira kalau dapat cuti kan
termasuk la juga aku
walaupun aku selalu balik aku tetap juga teruja nak balik dan cuti .hihi


“That was what a best friend did: hold up a mirror and show you your heart.” 
― Kristin Hannah


aku baru lepas siapkan karangan untuk adik aku
tajuk dia pasal best friend
aku google je
cari banyak banyak lepas tu combine mana yang okay
memang tak ada masa la nak aku fikir bagai
lama dah tak buat karangan
kalau nak fikir tu memang ambil masa yang panjang
sampai esok pun tak siap macam tu
aku siap google translate bagai
nak sedapkan cerita kan terpaksa la usaha sikit

banyak juga karangan yang menarik aku jumpa
yela dulu masa aku blaja mana la search guna google
aku cari kat buku karangan pinjam kat library
paling tak best aku kena baca tulisan karangan tu yang kecil dan latar belakang dy putih
haihh memang sakit mata
spec aku tinggalkan kat hostel
nasib la salah sendiri

aku rasa ni je aku nak kongsi
sebelum aku akhiri kata kata aku
aku copypaste sikit mengenai best friend yang aku jumpa masa buat karangan tadi

When it hurts to look back, and you're afraid to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there." 

-Unknown

selamat malam
assalammualaikum :)