Thursday, 27 February 2014

assalammulaikum
selamat petang
 hari menghampiri maghrib dan matahari mula mngundurkan diri
untuk memberi peluang kepada bulan dan bintang untuk menjelma
tatkala banyak haiwan sudah mula pulang kerumah masing masing untuk merehatkan diri
mungkin la aku pun tak pasti sebenarnya haiwan balik ke sarang tu nak rehat kan diri atau apa.. cahaya matahari masuk menusuri tingkap bilik aku dengan penuh semangat terus ke katil aku memberi kan aku rasa kebahangan cahaya tersebut memaksa aku untuk bangun dan menutup langsir dan tidak membenarkan udara dari luar untuk menyejukkan bilik aku.ayat dah mula berbelit belit dan aku pun dah rasa aku banyak merapu je dari tadi.
sebenarnya aku suda lama tidak mengepost sesuatu .bukan dah lama baru baru ni aku sudah pun menaip sebuah post tapi aku tak mampu nak habiskan dan cerita tu tergendala sampai la ke hari ni dimana aku telah pun menaip sebuah post baru. cerita tu masih berada didalam draf untuk diedit.aku pun tak tahu kenapa aku tak siapkan je. mungkin aku terlalu sibuk.mungkin la .haha
sudah masuk minggu kedua pembelajaran dan aku mula menyukai subjek subjek yang aku belaja
aku sedar keputusan aku tidak la seperti kawan kawan yang lain yang lebih tinggi.aku telah berusaha sebaik mungkin tapi keputusan tu tak seperti yang aku jangkakan. siapa tak kecewa kalau dah berusaha tapi masih dapat begitu .sebab aku pun manusia biasa yang mempunyai perasaan .tapi inshaAllah aku redha dengan segala yang Allah dah takdirkan untuk aku. aku percaya setiap benda yang berlaku ada hikmahnya dah aku akan terus berusaha untuk mendapat yang lebih baik dari sebelum ni. selama aku berada disemester satu mungkin aku tidak mampu ikhlaskan diri atau niat menuntut ilmu hanya kerana Allah dengan sepenuh hati.aku pun tak pasti di mana silap aku.atau hikmahnya Allah ingin aku lebih berusaha untuk mengubah sikap aku dalam menuntut ilmu atau pun untuk menjadi hambanya yang lebih tabah dan yakin untuk terus maju dalam menongkah arus kehidupan

nampaknya matahari semakin menghilang dan sudah tiba masanya untuk aku mengundurkan diri
good luck najlaa!


No comments:

Post a Comment