Thursday, 27 February 2014

assalammulaikum
selamat petang
 hari menghampiri maghrib dan matahari mula mngundurkan diri
untuk memberi peluang kepada bulan dan bintang untuk menjelma
tatkala banyak haiwan sudah mula pulang kerumah masing masing untuk merehatkan diri
mungkin la aku pun tak pasti sebenarnya haiwan balik ke sarang tu nak rehat kan diri atau apa.. cahaya matahari masuk menusuri tingkap bilik aku dengan penuh semangat terus ke katil aku memberi kan aku rasa kebahangan cahaya tersebut memaksa aku untuk bangun dan menutup langsir dan tidak membenarkan udara dari luar untuk menyejukkan bilik aku.ayat dah mula berbelit belit dan aku pun dah rasa aku banyak merapu je dari tadi.
sebenarnya aku suda lama tidak mengepost sesuatu .bukan dah lama baru baru ni aku sudah pun menaip sebuah post tapi aku tak mampu nak habiskan dan cerita tu tergendala sampai la ke hari ni dimana aku telah pun menaip sebuah post baru. cerita tu masih berada didalam draf untuk diedit.aku pun tak tahu kenapa aku tak siapkan je. mungkin aku terlalu sibuk.mungkin la .haha
sudah masuk minggu kedua pembelajaran dan aku mula menyukai subjek subjek yang aku belaja
aku sedar keputusan aku tidak la seperti kawan kawan yang lain yang lebih tinggi.aku telah berusaha sebaik mungkin tapi keputusan tu tak seperti yang aku jangkakan. siapa tak kecewa kalau dah berusaha tapi masih dapat begitu .sebab aku pun manusia biasa yang mempunyai perasaan .tapi inshaAllah aku redha dengan segala yang Allah dah takdirkan untuk aku. aku percaya setiap benda yang berlaku ada hikmahnya dah aku akan terus berusaha untuk mendapat yang lebih baik dari sebelum ni. selama aku berada disemester satu mungkin aku tidak mampu ikhlaskan diri atau niat menuntut ilmu hanya kerana Allah dengan sepenuh hati.aku pun tak pasti di mana silap aku.atau hikmahnya Allah ingin aku lebih berusaha untuk mengubah sikap aku dalam menuntut ilmu atau pun untuk menjadi hambanya yang lebih tabah dan yakin untuk terus maju dalam menongkah arus kehidupan

nampaknya matahari semakin menghilang dan sudah tiba masanya untuk aku mengundurkan diri
good luck najlaa!


Thursday, 20 February 2014

:)




assalammualikum 
selamat petang 
selamat sejahtera

selamat kembali ke semester 2 pengajian 


Saturday, 8 February 2014

meet them :)



assalammualaikum dan selamat tengahari
nak tahu tak semalam aku jumpa kawan kawan lama
tak ramai pun yang ada
jumpa pun kat rumah bahirah abang dia kahwin
er  lupa pula nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada abang bahirah dan isterinya
aku tak tahu nama abang dia
aku pergi pun tumpang suhaili je
yela aku mana la boleh drive semua orang tak bagi
 sampai sana jumpa nana ,byha,paan,mady ,anum dengan ameir
yang lain lain x dapat datang sebab masing masing ada urusan
kteowg sampai pun abang dia nak sanding dah
comel je bahirah semalam..kesian dia dah la blaja jauh kat kelantan.
masing masing blaja jauh memang payah la nak jumpa
lepas tu nana ajak kuar so aku byha dan sue okay ja
nana g dating kot ,haha
kat sana pun tak duduk dengan kteowg
so kteowg pun jalan la .habis semua tempat kteowg lalu
tengok baju kanak kanak la .rasa nak main kat tempat main kanak kanak tu la
macam macam la
tak tahu nak buat apa sebenarnya
 masa dalam kereta sue suruh wassap ayah dia
ceh aku pun confident la type msj nak hanta kat ayah dia
"abah g jusco jap"
sampai sana sue tanya kau anta apa kat ayah aku
tahu tak ayah dia balas apa
"abah kau "
haha.sue dengan byha dah gelakkan aku
aku lupa dy pangil abah dia ayah
aku pun tak perasan aku type abah rasa aku type ayah
lepas tu dah tak tahu nak buat apa kteowg pun balik
hanta byha madu aku tu balik
baru la aku balik
terima kasih suhaili sebab ambik hanta aku balik
belanja aku air
thanks tau mok
sayang kau :)


suhaili yang pakai spec tu
byha yang mata kecik tu
 nana dan yang lain lain tak sempat nak ambil gamba 
next time la ye !