Monday, 27 January 2014

wedding

selamat petang eh bukan selamat malam.
post sebelum ni aku ada bagitahu yang aku sibuk masa awal awal cuti tu kan
ni lah aku nak cerita untuk post kali ni
lepas last paper hari tu aku balik kemas kemas barang yang perlu aku bawa ke rumah mak long
 .esoknya pepagi aku dah bangun nak siap siap sebab nak sampai cepat
buat apa aku pergi sana? aku pergi sana sebab kakak sepupu aku akan berkahwin
majlis perkahwinan yang aku hadiri setelah berbulan bulan aku tak hadiri kenduri
penat memang penat tak payah la nak cerita
mula mula sebelum cuti aku dah fikir fikir balik je rumah aku nak rehat puas puas
tapi tergendala rancangan aku tu.haha
tak pelah .aku stay sana beberapa hari sampai la belah lelaki
pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat akak sepupu aku

tahniah.
selamat pengantin baru
semoga kekal sampai bila bila
:)

okay aku tak tahu nak taip apa dah jom tengok gamba

majlis pernikahan

sesudah akad
:)


 gamba yang ni
 adalah
 gamba aku dan adik beradik ketika majlis pernikahan tu
aku tak tahu nak pilh gambar mana satu sebenarnya
just enjoy the picture !


alhamdulillah selesai majlis pernikahan esoknya majlis persandingan pula
malam tu kena tolong buat macam macam juga la
nak siap kan barang barang nak bagi tetamu esok
yang lelaki tolong angkat barang dan susun barang dekat dewan


majlis persandingan

aku main ambil je gamba untuk yang ni
banyak sangat 
sampai rambang mata 
ceh
hahaha


majlis persandingan
 sebelah lelaki 


berakhirla majlis tersebut aku terus balik melaka
tak sempat nak tukar baju semua
macam tu la aku pakai sampai melaka
angah drive laju so sampai melaka tu cepat je
aku excited juga la nak balik kan 
gamba kat atas tu aku terpaksa edit dulu biar satu gamba ada banyak 
kalau tak memang banyak la gamba kena upload 
ni je gamba yang sempat aku edit
aku ada penyakit malas yang sangat teruk untuk edit edit bagai ni
aku cite macam la aku kahwin kan 
hahaha
okay la sampai sini je 
aku penah dah memerah otak nak tulis apa 
assammualaikum 
have a nice day !

Saturday, 25 January 2014

assalammualaikum dan selamat petang
tahun ni banyak sedara mara aku yang kahwin
bila cuti ni sibuk la kena ikut pergi sana sini
akak aku je belum nak kahwin lagi.hehe
sabar la najlaa akak kau muda lagi
baru je habis belajar
cuti yang tak berapa nak lama
jadi aku hanya baring merehatkan diri
actually aku tak tahu nak buat apa
aku hanya tolong akak aku kemas sikit sikit je
aku sanggup baring satu hari sebab aku tak tahu nak buat apa
aku rasa dulu masa cuti sekolah tak ada la aku seteruk ni
mungkin sebab mak dah tak ada kot
mungkin je la aku pun tak pasti
mungkin aku kena fikirkan apa yang lebih bermakna nak buat masa cuti ni
blaja masak? haha nanti la aku blaja bukan sekarang
okay la adik ku asyik duk panggil aku dari tadi
bye
salam :)

Saturday, 18 January 2014

selamat bercuti

assalammualaikum
selamat bercuti kepada kawan kawan seangkatan
aku memang selalu terlambat
aku nak ucapkan sewaktu aku mula mula cuti
tapi disebabkan kesibukkan aku yang tak terkira tu
aku terpaksa pendam kan dulu niat aku tu
aku nak berehat rehat dekat rumah pun terganggu juga
tapi tak mengapa aku faham benda tu lagi penting
ceh ayat sibuk macam la dah kerja bagai padahal baru student je
eh siapa cakap student tak sibuk
sibuk tahu tak
masa nak tidur semua terganggu
masa makan jangan la cakap
suka suka je aku ubah
kalau abah tahu confirm la aku kena bebel

cuti ni aku nak rehat
memang rehat pun
asyik baring je
aku pun tak tahu kenapa aku tak bosan
hahaha
tu mesti malas lebih berkuasa dalam diri aku
tak pe lah .akak aku ada kat rumah
jadi rumah akan bersih
tapi aku tolong juga dia kemas akukan adik solehah,haha
dah banyak aku merapu kali ni cukup aku rasa
selamat tinggal
byeee
:)

Wednesday, 1 January 2014

hai 2014
hai hai
haha gila

semua orang ada azam sendiri
aku?
menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya
menjadi anak solehah
menjadi lebih matang
semoga aku lebih tabah dan kuat
menghadapi hidup tanpa mak disisi
menjadi najlaa yang kuat dan tabah
tabah hadapi kehidupan dan cabaran yang mendatang
najlaa kuat !
yeahh

gtg
salam



2013 .

assalammualaikum

selamat tahun baru
now the year has change
welcome 2014 and good bye 2013
now i gonna be 20
oh no. i left my teen and become ty ty
dah boleh kahwin cam ni .cehh ,haha
tak pe selagi masih belumm sampai birthday aku
maka aku masih lagi 19 tahun
yeah .. sweet 19 lagi :)
orang duk rehat rehat nak tunggu tahun baru aku bersusah payah bertungkus lumus  menjawab exam malam tadi
keluar dari dewan pun nak pukul 12 malam
kemain lapar lagi
pape pun aku dah jawab dua paper tinggal lagi empat je
ha tak larat
aku rasa nak balik rumah duk rumah je
demi cita cita aku teruskan berjuang !
alhamdulillah aku boleh la juga jawab daripada tak boleh kan
aku sedar banyak juga salah tapi aku dah cuba sehabis yang mampu
aku perlu redha dan tawakal je la
inshaAllah Allah ada akan bantu


tahun 2013 dah pun berlalu
banyak kenangan manis dan pahit
tahun yang penuh dengan suka duka tangis ketawa
tahun yang perit
tahun yang amat payah buat aku
tahun di mana aku kehilangan seorang ibu
tahun dimana tamatnya aku tak akan melihat mendengar mak menderita menahan menhadapi sakitnya
tahun yang banyak air mata aku mengalir
tahun terakhir aku melihat mak :)




sahabat <3

ilovethemsomuch
please don't take them from me
please stay beside me 
i know i always hurt you with my words
im so sorry



tasik ayer keroh
 ni pertama kali aku datang kat sini
tak pernah perasan pun ada taman kat sini
haha
teruknya aku 
masa ni  ramai sangat pengunjung
jadi kami hanya riadah macam tu je la
main buaian tangkap gamba 

gamba kat bawah ni kali kedua datang
kami berkayak
memang tak ramai orang
 tak dah la penuh tasik tu
lagipun bukan cuti umum masa ni
yang ramai ramai tu classmate