Thursday, 17 November 2016

broga

selamat malam

for the first time aku dapat pergi hiking. bukan senang abah nak bagi seorang anak abah g hiking. okay aku pergi hiking dekat bukit broga je . tak mampu nak g hiking dekat gunung tinggi tinggi lagi. hihi tapi walaupun g bukit je pengalaman dy bukan senang nak dapat. okay aku lupa penah hiking bukit beruang dekat rumah aku tapi tak tinggi sangat setakat nak bersenam boleh la. kembali to main topic . aktiviti ni adalah aktiviti persatuan fakulti aku just bayar rm5 je. gerak dari tempat aku belajar pukul 12 kot rasanya. then sampai sana pukul 2 camtu makan kejap minum terus panjat. pergi satu bas dalam 40 orang termasuk aku. panjat cungap cungap kot. dah la mala x bersenam tetibe g hiking memang macam badak gemok panjat bukit hahaha tapi teamates baik jalan slow slow bersama sama gitu . jadi aku yang slow ni berjaya la sampai ke puncak bukit dalam pukul 5 pagi. tunggu solat dan tunggu matahari terbit. masa tu kau dapat hirup udara segar . bukan senang nak dapat udara sesegar itu dekat bandar. cewah acah tinggal bandar .haha tunggu matahari terbit tu kau boleh sempat berangan sambil sambil tu kau menghayati kebesaran Allah. bila matahari dah terbit cuaca mula panas dan makin ramai orang yang daki jadi kteorg decide nak balik . slow slow turun sambil amk gamba pemandangan . tapi serius cantik! 

for sure aku happy teruk dapat join
thank sme for the activity

okay ni aku belanja sekeping gamba untuk tatapan umum
aku sebenarnya rindu nak pergi tempat tempat yang environment dy okay
rindu!


bye!

Saturday, 10 October 2015

assalamualaikum. macam terlalu lambat je nak ucap selamat kembali ke kelas . dah lima minggu dah kelas bermula . haha walaupun baru lima minggu duk p kelas tapi aku dah sibuk sangat dah. mula minggu kedua semua assgmnt dah diedarkan . lab report ,presentation lecture, presentation lab . memang betol betol menduga keimanan aku. tidur malam terganggu teruk . biasa malam ahad la sebab esok nak kena anta lab report bagai lepas tu kelas pukul 8. tapi aku bersyukur sangat tak ada kelas sampai pukul 7 petang . paling lambat pun 4 petang je . lagipun lab aku dah pindah kelas 2 tu pun sebab ahli group aku kerja petang jadi xboleh g kelas petang. 

cuti sem yang lepas aku tak cuti . sdih gila hahahha orang lain dapat berehat rehat aku ada amalan kejuruteraan . macam macam la juga perkara baru yang aku blaja kat situ tapi yang tak bestnya xda cuti langsung . lagi satu masa AK tu aku dapat la kawan baru dari jabatan lain . bukan budak lab aku je aku baru kenal lab lain pun ada juga . yela bosan bosan duk lepak kat lab orang ha dari situ la duk borak borak . makin bertambah kawan kawan baru. setiap lab akan ada semua jabatan . paling banyak tiga orang paling sikit dua orang .hahah aku dah tak tahu nak tulis apa maka tengok je la gamba aku post tu 


tadaaaaaaa
nilah ahli group aku
sebenarnya tak cukup orang 
ada yang pergi lawatan industri
ada yang tidak hadir 
ada yang jadi akak akak fasi
yang ada ni je lah !



makmal kejuruteraan bahan 1 
lan,min,naqib,acap,wei hau,amin
aku,ain,dayu,asiah,jia ping

tahniah semua 
bye !

Friday, 19 June 2015

Selamat berpuasa untuk semua muslim dan muslimat .semoga puasa kali ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya :)

Good luck juga untuk yang sedang menduduki peperiksaan akhir. Buat yang terbaik untuk diri sendiri okay najlaa

dalam hidup ni ada banyak benda yang buat kau rasa bersyukur salah satu darinya adalah anugerah seorang sahabat yang Allah pinjam kan kat kau. bukan mudah nak dapat sahabat yang baik. dari kecik kita dah ada ramai kawan apatah lagi bila dah masuk 20an 30 an kawan tu makin bertambah tambah dan kawan tu juga ada yang hilang xnak kawan dah semua dan sebagainya. kawan datang dan pergi kita tak mampu nak kawal. Kadang kadang sebab kan salah faham antara kita persahabatan itu putus. bila makin besar macam macam jenis kawan hadir dan pergi. dalam setiap kawan yang hadir mesti akan beri kesan kat kita. Ada beri pengajaran ada yang beri kesan dalam diri kita.kita perlu belajar hargai sahabat yang hadir. Jangan sebab ego sebab kita ramai kawan sebab kita cantik sebab kita pandai sebab kita kaya sebab kita nampak alim sebab kita ada lebih dari kawan kita kita buat dia macam sampah bila kita susah kita cari bila kita senang kita tinggalkan dia. Kalau kita ada perasaan marah benci suka sedih gembira kita perlu ingat dia juga manusia yang ada hati perasan macam kita. hargai lah sabahat yang baik yang setia bersama kita walau apa pun yang jadi dekat kita..


Buat sahabat dari sekolah menengah sampai sekarang suhaili dan amira .walaupun jarang bersua muka. Mesej pn kadang2 tapi bila aku susah korang selalu ada.dari dulu sampai sekarang .thanks for being my best friend .moga Allah pelihara persahabatan kita sampai syurga .

Buat sahabat yang di utem
athirah, nadiah dan dayah .terima kasih sanggup berkawan dengan saya yang banyak kekurangan. Yang annoying melebih lebih. Yang banyak cakap yang ada masa mood swing setiap saat yang ada masa gila x tentu tempat yang ada masa bebel macam burung kakak tua yang ada masa garang macam singa banyak lagi la nak taip xmampu dah ni. Terima kasih sangat sangat.semoga persahabtan kita berkekalan hingga syurga. moga Allah pelihara persahabatan kita. :)

i love you !

Ikhlas sahabatmu

Monday, 8 June 2015

terima kasih

Assalammualaikum
selamat malam

Firstly aku nak ucapkan selamat berstdy week. Final nak menjelang tiba tapi tahap malas masih berganda ganda .dah la tak da cuti untuk sem ni .alahai sedihnya rasa. First time gak aku exam masa puasa ni. Tak tahu la cam ne gaya nya dengan nak buka puasa dengan nak naik bas bagai .serabut gila. harap harap terkawal la keserabutan masa tu

next aku nak ucap kan terima kasih buat semua yang wish birthday aku.
Buat abah dan family thanks wish dan blnja akak makan. :)terima kasih untuk segala kasih sayang mak ayah dan fmily yang lain untuk didikan dan nasihat yang banyak membantu .untuk segala bantuan yang pernah dihulur dan akak minta maaf kalau belum mampu jadi anak yang baik untuk mak abah .i will try and do my best for mak abah ♡.hari tu  akak saje je tak nak beli kek sebab hari tu birthday wa pun dah makan kek dan akak tak suka kek .baik g beli benda lain yang enak di makan. untuk kawan kawan baik kawan kawan sekolah kawan kawan kelas semua .thanks bawa saya g makan penuhi wishlist tu bawa jenjalan walaupun xdapat singgah sebab parking penuh dan kawan kawan yg nyanyi hari tu dan wish yg banyak2 tu thank alot . cuma aku rasa sedih juga la tiada ucapan dan doa dari mak macam tahun tahun sebelum tu :') .semoga aku lebih kuat nak hadapi hari hari akan datang..dan juga Semoga Allah balas kebaikan korang semua . Betapa aku bersyukur punya orang yang mampu membuat aku tersenyum waktu aku susah waktu aku sedih . terima kasih semua

♡♡love ♡♡ 
♡ ♡

terlalu banyak nak upload tu je mampu yang xda tu maaf 
dan
terima kasih Allah hadirkan mereka untuk diri ni :)
lastly
Terima kasih banyak banyak semua 
i love you 
assalammualaikum 


Monday, 25 May 2015

Assalammualaikum
selamat pagi

Jarang aku update blog pepagi
tapi sebabkan aku ada masa terluang jadi lecture pun belum masuk lagi dan aku bosan teramat sangat ni
bila nak masuk minggu minggu akhir sebelum habis semester ni sibuk dia berganda ganda
aku rasa tak sibuk mana pn tapi bila tak buat kerja sibuk dia banyak plak

Sebenarnya aku update blog ni nak wish birthday aku sendiri
hhahaha
aku nak jadi yang ptme wish untuk diri sendiri


Hai najlaa
happy birthday to you
semoga Allah mempermudahakan segala urusan kau
semoga berjaya dunia akhirat
jadi anak yang solehah untk mak abah
 happy birthday najlaa :)

Monday, 18 May 2015

Happy birthday adik adik

Happy birthday to my beloved adik adik 
Najmi rahim dan najwa rahim
Walaupun birthday korang lain lain hari tapi akak nak update juga sesama
My wish for both of you
Selamat hari lahir
Semoga berjaya dunia akhirat
Semoga apa yang diigini dan dihajati tercapai
Jadi anak yang soleh dan solehah
Solat jangan tinggal
Doa untuk mak tiap2 hari .jangan lupa
Ingat pesan mak
Adik adik akak dah besar dah
Akak minta maaf xmampu nak bagi hadiah mahal2 .akak harap apa akak buat boleh gmbira kan korang
Akak tahu adik adik akak sedih bila tengok orang lain dengan parent masing masing
Bila dengar apa apa cerita pn akak tau korg berharap mak ada
Akak harap sangat korang tabah kuat
Akak tahu adik adik akak semua kuat2 mampu hadapi dugaan .
kita semua kuat nak hadapi .
Take care of yours self
akak sayang adik adik akak
Always smile
And make abah proud 
Happy birthday mi dan wa

Friday, 27 February 2015

percutian pendek

assalammualaikum
 selamat petanng 



cuti sem kali ni lain sikit sebab selalunya aku kerja tapi kali ni aku duk rumah .
habiskan sepenuh masa kat rumah
bosan tu memang la sebab aku sorang sorang je duk kat rumah tak da sapa teman 
kalau ada kawan okay la juga xda la bosan sangat pun 
aku dengan kawan kawan plan nak pergi jenjalan sesama 
tapi sebenarnya tu sampingan je tujuan kami nak suprisekan nadiah untuk birthday dia bulan 1 tu
kami pun plan la nak p penang sesama.mula mula memang abah aku tak bagi sebab nak naik bas sendiri p kedah dulu .anak abah mana la pernah naik bas sensorang naik bas pun sekali dua je memang abah risau sangat la sampai berebut rebut dengan along nak hanta pergi ke terminal bas .
bila abah izinkan pergi memang seronok sangat la tapi dengan syarat aku kena p pahang dulu 
aku pun xda pilihan lain ikut je la arahan
excited dy tak payah cita la sebab first time nak jalan sensorang g pahang naik bas semua 
plan kami aku p pahang jumpa atie lepas tu naik bas malam tu juga g kedah 
dua dua dah teruja sangat 
sampai pahang tengahari mama atie amik lepas tu duk kat tempat kerja mama dy. malam tu p kedah sampai kedah pepagi ngntuk sangat kot tidur tngahari baru la g penang .


bila dah sampai kedah mesti la dapat tengok pemandangan sawah padi yang menenangkan dan mendamaikan 
bangun bangun  tidur p jenjalan kat sawah padi yang tinggal jerami je tu 
tapi excited juga ,yelakan first time g sawah padi sebelum ni mana la nak cari sawah padi 

sampai penang kami naik feri nak g seberang 
tu pun pengalaman pertama juga 
banyak benda aku buat yang merupakan pengalaman pertama 
mesti la excited kan bila petama kali cuba
tapi aku tak boleh duduk bila duduk aku mabuk rasa terhuyung hayang 
hahaha macam orang tua ni 
atas jeti tu kami pun buat la video call 
memang dy terpernjat dan nangis yela sapa sangka kawan nak mai tiba tiba tanpa bagitahu nak buat birthday suprise plakkan 

PENANG
kami tak p banyak tempat pun sebab kekangan masa 
mana yang sempat kami p la
bukit bendera 
padang kota 
street art
jenjalan kat tanjung masa sesat 
setengah jam cari masjid kapitan 
p balik pulau 
lepas tu terpaksa balik :(
sedih aku tak puas jalan lagi sebenarnya .banyak tempat aku nak p tapi tak pe lah nanti ada masa aku nak p sana lagi nak jalan pepuas 
lagi 5 tahun kot .HAHAHA
tapi yang bestnya dapat beli jeruk banyak banyak 


ni antara gamba yang aku amik 
nak post semua memang banyak sangat tak larat nak edit nak pilih gamba mana satu 
dengan tahap kemalasan aku yang berganda ganda memang tak la 

walaupun kejap tapi aku have fun kat sana 

okay aku nak p jogging 
bye !